Rabu, 1 Disember 2010

Pulau Tercantik Dan Terindah ( Pulau Lipe  Thailand )


Baru baru ni saya dan 2 orang kawan pergi bercuti di Pulau Lipe atau di kenali sebagai Koh Lipe. Lokasi Pulau Lipe dekat sahaja,hanya di belakang Pulau Langkawi.Tetapi dalam negara Thailand dan di laut andaman.

Apabila sampai di Koh Lipe kami amat terkejut sekali melihat air serta batu karang di sana.Airnya jernih seperti kaca dan batu karangnya pelbagai warna.Bila kami jijak kaki di pantai pula pasirnya lembut seperti kapas.Terasa seperti di Hawai pula hehehe.. .

Penduduk tetap di sana adalah orang asli laut.Mereka ini tidak mempunyai agama langsung.Tapi amat ramah sekali.Meraka juga mempunyai bahasa sendiri sampai orang Thailand sendiri tidak faham.

Perjalanan bermula dari Kuala Perlis ke Tamalang dengan bot iaitu satu daerah di selatan Thailand.Ia menganbil masa 1 jam.Kemudian kami menaiki speed bot ( bukan feri ) untuk ke Pulau Lipe.Speed bot ini mempunyai 3 buah injen 225.Bayangkan kelajuannya.Memang laju gila lah.. . perjalanan ini pula mengambil masa 2 jam ke Pulau Lipe.

Di sana siapa tak pergi snokeling memang rugi besar sebab snokeling di sana bukan 1 pulau,tetapi hampir 10 buah pulau.Saya dan 2 orang kawan hanya sempat snokeling 6 buah pulau sahaja kerana terlalu letih.Pakej snokeling di sana tidak seperti di malaysia ( ikut jam ).Syarat snokeling di sana ialah sampai kita letih baru balik hehehe.. .Kecantikan air dan batu karang tak dapat nak di luahkan dengan perkataan.Jika di luahkan juga tak sama seperti yang saya lihat di sana.Sangat cantik sahaja yang saya mampu cakap.Ikan pula yang mana ada dekat Underwaterworld Langkawi tu ada dekat sana dan bukan dalam kaca tetapi real punya.

Sebenarnya saya dari azieta agensi ( Travel agen ).Tujuan saya pergi ke sana untuk mencari lokasi baru untuk pakej syarikat saya.Kalau warga forum ini kurang percaya kepada apa yang saya ceritakan,sila lihat gambar video dari youtube yang saya telah kumpulkan untuk membuktikan cerita saya ini.























Pakej untuk 3 hari 2 malam ialah dewasa RM 550.00 dan kanak-kanak RM 450.00

Pakej termasuk :

1) Bot pergi balik dari Kuala Perlis ke Tamalang
2) Speed bot pergi balik dari Tamalang ke Pulau lipe
3) Penginapan 3 hari 2 malam termasuk makan pagi
4) Snokeling di 7 hingga 10 buah pulau ( syarat snokeling ialah sampai letih baru balik )

Jika anda berminat sila hubungi saya di talian 013-4185229 atau email di azieta748204@gmail.com . Tempahan mestilah melebihi 10 orang ke atas.Saya akan pergi bersama anda ke sana jika anda membuat tempahan melalui syarikat saya.Ini kerana saya dapat berbahasa Thailand.Saya akan bersama anda dari mula hingga anda balik.

Dalam seumur hidup anda wajib pergi ke pulau ini untuk melihat kebesaran Tuhan dengan ciptaannya.Sekian terima kasih.